APRIL 2022

Rumah Terbuka Aidil Fitri Premier Sarawak


KUCHING, Jumaat: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma’ani akan mengadakan satu hari Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri pada 4 Mei 2022 (Hari Kedua Aidil Fitri) bertempat di Hotel Pullman Kuching.

Orang ramai dijemput hadir antara jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang pada hari tersebut dengan berpakaian kemas dan sopan dan dikehendaki untuk mematuhi arahan para penyambut tetamu atau ahli keselamatan yang bertugas.

Para tetamu juga dikehendaki untuk mempastikan diri mereka sihat atau tidak bergejala dan mematuhi SOP terbaharu bagi majlis sambutan Hari Raya seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan/Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Sumber dari : Sarawakku